1 Calon PAS lawan 1 Calon UMNO-BN dan 2 ahli UMNO-BN di Parlimen Sepang

(Hanipa melambaikan tangan kepada penyokongnya semalam)

SEPANG: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa berdepan dengan tiga calon Umno di Parlimen Sepang.
Selain calon Umno yang bertanding atas tiket BN, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed, dua lagi calon bebas adalah AJK Umno Bahagian Sepang.

Hanafiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali  turut mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini semalam.

Hanafiah Mohamad adalah AJK Umno Bahagian Sepang. Datuk Suhaimi adalah Ketua Pemuda Umno Sepang Dan AJK Umno Sepang.

Beliau juga adalah mantan Ketua Pemuda Umno Selangor dan juga mantan Adun Umno di DUN Dengkil pada tahun 2004.

Kedua dua calon Umno ini menjadi calon bebas kerana tidak setuju nama Zin dicalonkan sebagai calon Umno di Parlimen Sepang.

Semalam, berlaku suasana yang penuh emosi di kalangan penyokong Umno di sini apabila ada yang menangis dengan apa yang berlaku di sini.

Seorang penyokong Umno dilihat memeluk Suhaimi sambil menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku. (gambar sebelah)

Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan akan memecat semua ahli dan pemimpin Umno yang bertanding calon bebas.

Ini bermakna Umno akan kehilangan berpuluh-puluh ahli khasnya mereka yang memegang jawatan kanan dalam Umno termasuk Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim.

Sebelum dipecat, Kamilia semalam telah mengumumkan perletakan kesemua jawatannya dalam Umno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s