Kejayaan Hanipa

hanipa maidin

Seorang peguam litigasi dan banyak mewakili Pas sama ada pemimpin tertinggi Pas, , ahli-ahli Pas dan juga penyokong Pas di Mahkamah . Juga mewakili rakyat mustadafin atau golongan yang tertindas.

Antara pimpinan Pas yang pernah diwakili oleh beliau adalah:

  • Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam saman kes fitnah atas NST , masih berjalan.
  • Tuan Guru Presiden Pas, Dato Seri Haji Abdul Awang dalam kes menyaman akhbar Daily Mirror di England bersama – sama firma peguam Carter Ruck di London ( menang Dan mendapat gantirugi RM 500, 000-00 ). Juga mewakili beliau dalam saman fitnah ke atas Dr. Mashitah , masih berjalan.
  • Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam banyak kes perbicaraan yang melibatkan antaranya kes tuduhan perhimpunan haram dan yang terkini kes Bukit Kepong.
  • Naib Presiden Pas, Dato Mahfuz Omar dalam beberapa kes di Mahkamah antaranya kes tuduhan berhimpun menentang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia, kes menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana memfitnah ( menang kedua duanya ).
  • Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub dalam kes kriket Israel.
  • Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam kes menyaman OCPD Rompin kerana ditangkap dan ditahan dalam program ceramah dan berjaya mendapat gantirugi RM 200, 000.00.
  • Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustafa Ali menyaman OCPD Dang Wangi, Ketua Polis Negara Dan Kerajaan Malaysia kerana menangkap beliau di Parlimen dan tahan beliau selama 4 jam. Menang apabila Kerajaan mengaku silap dan membayar gantirugi RM 50, 000-00.
  • Exco Kerajaan Negeri Selangor , YB Dr Yunus Mohd Khairi dalam kes menyaman mantan Exco Kerajaan BN Selangor , Dato Fatah dan Berita Harian dalam kes fitnah dan mendapat gantirugi .
  • AJK Pas Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad dalam kes menyaman Utusan Malaysia ( menang ), blogger Umno, Dr Novandri ( menang ) dan Exco Kerajaan Perak, Dato Hamidah Othman (sedang berjalan ).
  • Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin dalam kes petisyen piliharaya Dun Sanglang dan menang di Mahkamah Persekutuan , kes pertama petisyen pilihanraya yang dimenangi oleh Pas sejak Merdeka.
  • Menjadi salah seorang peguam dalam pasukan peguam Dato Seri Nizar Jamaluddin dalam kes mencabar rampasan kuasa oleh BN di Perak.
  • Mewakili Akhbar Harakah. Mewakli Naib Presiden PKR , YB Nurul Izah menyaman fitnah  akhbar Utusan Malaysia.
  • Mewakili Dr Aziz Bari , mantan Profesor Undang Undang UIA dalam kes menyaman fitnah Utusan Malaysia, masih berjalan.
  • Mewakili mantan Speaker Dewan Negara dan mantan Pengerusi Pos Malaysia dan mantan Ahli Parlimen Kuantan ( Umno ) Tan Sri Adam Kadir.
  • Juga mewakili masyarakat mustadafin antaranya mewakili peneroka Felda dalam isu tuntutan Wang tanam semula, tuntutan pengredan buah kelapa sawit dan menyaman keputusan Felda yang cuba melantika Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) di mana Mahkamah membenarkan semakan kehakiman para peneroka untuk batalkan keahlian Isa Samad dalam KPF.
  • Pada masa ini mewakili penduduk Pengerang Melayu dan Cina yang tanah mereka  diambil bagi projek Rapid Petronas dan telah berjaya di peringkat pertama semakan kehakiman.
  • Mewakili para pelajar Universiti yang diambil tindakan disiplin seperti digantung antaranya pelajar UUM, Mohd Rizal Anan dan berjaya mendapat gantirugi RM 70, 000-00. Yang terbaru berjaya mengenepikan perintah penggantungan pelajar Universti Malaysia Perlis ( Unimap ) di mana Mahkamah membatalkan perintah pengggantungan tersebut.
  • Mewakili Penghulu Pas yang dipecat oleh Kerajaan Ali Rustam di Melaka dan menang.
  • Mewakili Imam di Lenggeng menyaman fitnah Adun Lenggeng di mana Adun tersebut setuju bayat gantirugi.

Dan banyak lagi kes kes yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s